LoyaKita™ Headline Animator

Manifesto BN Rakyat Didahulukan

Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu; Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana jua di dalam Persekutuan dan untuk menegak dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara; Berusaha untuk mewujudkan suatu masyarakat adil dan saksama

1 Malaysia Sokong BN

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.

Rumah Mampu Milik

Perumahan selesa adalah keperluan asas.

World Leaders Congratulate Najib

US acknowledges the general election is peaceful and just!

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Membawa harapan, menepati janji

Showing posts with label PBB. Show all posts
Showing posts with label PBB. Show all posts

Monday, 22 July 2013

PBB Terus Berkhidmat TANPA MENGIRA WAKTU

Ketua Pemuda PBB telah memberi jaminan bahawa khidmat untuk rakyat bukan sekadar sewaktu pilihanraya tetapi adalah untuk setiap masa tanpa mengenal waktu. 

Inilah ucapan terindah daripada seorang menteri dan juga Ketua Pemuda PBB.  Beruntunglah Sarawak kerana memiliki idola pemimpin yang sentiasa menjiwai watak sebagai wakil rakyat!

PBB komited berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa

Posted on July 22, 2013, Monday

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan meneruskan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat bukan hanya semasa pilihan raya sebaliknya sepanjang masa.

Ketua Pemudanya Datuk Fadillah Yusof berkata, semangat untuk berkhidmat sudah lama menjadi amalan parti dan ia akan terus dilaksanakan untuk memenangi hati rakyat.

“Komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat merupakan landasan perjuangan parti.

“Ini sekali gus membolehkan PBB mendapat keputusan baik setiap kali pilihan raya,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Pergerakan Pemuda PBB Senadin di sini malam kelmarin.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya menambah, semangat untuk membantu rakyat akan terus menjadi agenda utama parti pada masa sekarang dan akan datang.

Katanya amat penting untuk mendekati dan memahami rakyat di peringkat akar umbi.

“Buktinya, kita mendapat keputusan pilihan raya yang baik semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Jika kita terus berkhidmat sepanjang masa, maka saya yakin rakyat akan terus menyokong,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda dan Wanita dan keseluruhan jentera parti yang bekerja keras dalam mengekalkan kerusi bagi Parlimen Sibuti dalam PRU13 lalu.

Katanya Sibuti dan Lambir merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di sini.

Jelasnya, jentera parti peringkat cawangan dan ranting perlu bertindak lebih agresif dalam merangka strategi mengukuhkan perjuangan parti.

Mengenai pelantikan sebagai Menteri Kerja Raya, Fadillah berkata ia mencabar kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap beliau dan kementerian.

“Namun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk melakukan yang terbaik untuk membawa lebih banyak rancangan transformasi di Sarawak,” katanya yang berharap dapat turun padang di banyak kawasan.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir merangkap Pengerusi PBB Lambir Ripin Lamat dalam ucapannya menyeru ahli exco PBB Senadin yang baharu dilantik agar meneruskan perjuangan parti untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kepada yang tidak dilantik, kita mengucapkan terima kasih dan sumbangan kalian amat dihargai dan akan diingati,” katanya.

Pada majlis yang sama, Fadillah turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim daripada Kompleks Kebajikan Hamidah.