Piasau Camp Miri mampu menjadi Taman Perlindungan Burung Kenyalang dan menjadi tarikan pelancong ke Miri.
Sekiranya berjaya dirangka maka Miri akan menjadi salah satu destinasi penggemar hidupan liar khususnya burung kenyalang. Semoga lebih ramai kegiatan berfaedah sedemikian dirangka untuk hidupan dan spesies haiwan yang terlindung di Sarawak ini.
Kem Piasau Miri mampu tarik pelancong
by Mohd Norhadie Sahari. Posted on June 3, 2013, Monday
SOKONG: Sebastian (empat kiri) menunjukkan tanda bagus sebagai sokongan menjadikan Kem Piasau Miri sebagai kawasan pemuliharaan burung Kenyalang di Miri.
Ia bakal menjadi kawasan pemuliharaan lapan spesies terlindung burung kenyalang
MIRI: Kem Piasau Miri yang bakal menjadi kawasan pemuliharaan lapan spesies terlindung burung kenyalang mampu menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara di sini.
Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata ini adalah satu usaha terbaik bagi merancakkan industri pelancongan di Sarawak, khasnya di Miri.
“Kami berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah menjadikan Kem Piasau Miri sebagai kawasan pemuliharaan burung kenyalang dan bakal menjadi daya penarik dalam industri pelancongan,” katanya di sini semalam.
Sebastian memberitahu, Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) dan komuniti setempat akan mengadakan perjumpaan dengan kementerian berkaitan bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkara terbabit.
“Kami akan berjumpa dengan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem bagi berbincang lanjut tentang kawasan pemuliharaan spesies burung kenyalang.
“Sebelum ini, program yang kami laksanakan mendapat sokongan majoriti penduduk Miri yang inginkan Kem Piasau Miri sebagai kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan burung kenyalang,” katanya.
Baru-baru ini, Adenan berkata kajian yang dilakukan di Kem Piasau Miri mendapati wujudnya populasi burung Kenyalang.
Kajian sejak 2004 telah dijalankan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), MNS dan komuiti setempat.
Beliau memberitahu, kajian itu menunjukkan kawasan berkenaan merupakan habitat kepada 41 spesies burung termasuk dua spesies burung kenyalang (Oriental Pied Hornbill dan Wrinkled Hornbill), 25 spesies mamalia, 10 spesies rama-rama dan lima spesies amfibia.
“Kajian di Kem Piasau dan Taman Negara Gunung Santubong mendapati wujudnya populasi burung kenyalang di kawasan ini.
“Penemuan ini digunakan untuk menyediakan pelan dan pembangunan ekopelancongan di Taman Negara Gunung Santubong pada masa akan datang,” katanya.
0 comments:
Post a Comment