LoyaKita™ Headline Animator

Monday, 6 May 2013

#Lainkalilah Miri Mungkin Tidak Dapat Sesen Untuk PPR!

Selepas ini tidak ada lagi lah rumah murah di Miri ini .. Lainkalilah Jawapannyaaa !!!!

RM512 juta bina 2,800 rumah PPR di Sarawak

Abang Johari Tun Openg (dua dari kiri) dan Peter Chin Fah Kui (kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika menyempurnakan majlis pecah tanah PPR Lambir di Miri, semalam.
MIRI 4 Mei - Kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM512 juta daripada kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2013 bagi membina 2,800 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri ini.
Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah tersebut adalah yang terbesar berbanding negeri-negeri lain dan mewakili 14 peratus daripada jumlah keseluruhan unit rumah PPR yang akan dibina di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Setakat ini sebanyak 12 PPR sudah diluluskan oleh kerajaan Pusat dalam Bajet 2013, antaranya adalah PPR Lambir yang mempunyai 500 unit rumah, PPR Permajaya Curtin (314), PPR Saratok (68), PPR Sri Aman (123) dan PPR Kidurong (215).
"Turut diluluskan adalah PPR Tabuan Melayu yang mempunyai 432 unit, PPR Sungai Tengah II (439), PPR Matang Batu 9 (93), PPR Mukah II (66), PPR Kanowit (91), PPR Samarahan (303) dan PPR Petra Jaya (422)," katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek PPR Lambir di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Menteri Muda Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Lee Kim Shin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak, Wan Mohd. Yusof Wan Moss.
Abang Johari dalam pada itu berkata, kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 50,000 rumah mampu milik dalam jangka masa lima tahun akan datang.
Di Miri katanya, kerajaan negeri melalui HDC telah membina sebanyak 500 unit rumah mampu milik berharga kurang RM60,000 di Sungai Rait, Lambir bagi membantu golongan berpendapatan rendah mempunyai rumah sendiri.
"Projek ini sudah dimulakan beberapa bulan lalu dan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, taska, medan selera, taman hijau dan pasar tamu untuk kegunaan penduduk.
"Semua ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan lebih ramai rakyat di Sarawak memiliki rumah sendiri," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130505/wb_01/RM512-juta-bina-2800-rumah-PPR-di-Sarawak#ixzz2SWaO21mH © Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comments:

  1. Salam perjuangan
    PPM telah dimaklumkan Mukapetang tentang kehadiran blog ini.
    Sila layari PecahpalakMikir.Blogspot kerana blog ini disenaraikan dalam Sarawak Media Baru tahniah.

    ReplyDelete