LoyaKita™ Headline Animator

Tuesday, 11 June 2013

Wajarkah media sosial diteruskan?

Persoalan yang sering menghantui pemikiran kita apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mmbangkitkan sentimen perkauman dan juga keagamaan dalam media sosial.

Perlukah polis media sosial ditubuhkan untuk membantu siasatan serta menjalankan pemantauan agar tiada isu sedemikian akan berulang lagi?

Hentikan penyalahgunaan media sosial, kata Wan Zain

Posted on June 11, 2013, Tuesday

image

MIRI: Rakyat di negara ini perlu menghentikan penyalahgunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog untuk menyebarkan kenyataan berunsur fitnah, perkauman dan keagamaan di negara ini.

Aktivis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar berkata, sebaliknya mereka harus menggunakan kebebasan menggunakan saluran media sosial itu dengan penuh bertanggungjawab dan berhemah.

“Walaupun kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya menggunakan media sosial itu untuk meluahkan pandangan dan buah fikiran, namun mereka harus melakukan dengan penuh tanggungjawab dan tujuan baik, bukannya mencetus rasa marah dan menyentuh sensitiviti orang lain,” katanya di sini semalam.

Wan Zain berkata demikian ketika mengulas kenyataan dua individu yang menghina Nabi Muhammad dalam komen mereka di Facebook baru-baru ini.

Beliau memberitahu, komen seumpama itu hanya mencetuskan perasaan kebencian di kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia sekali gus menjejaskan perpaduan dan kestabilan di negara ini.

“Tiada sesiapa patut memperkecil agama lain di negara ini, sebaliknya kita harus hormat-menghormati dan bertoleransi dengan sesama sendiri tanpa mengira agama.

“Sehubungan itu, jangan menyalahgunakan Internet dan media sosial untuk membangkitkan isu keagamaan,” katanya.

Mengulas sama ada sudah sampai masanya kerajaan mengharamkan media sosial seperti Facebook di negara ini, Wan Zain berkata: “Ia tidak perlu dilakukan.

“Tidak perlu mengharamkan penggunaan Facebook, Twitter atau blog di Malaysia kerana kita ada undang-undang untuk menangani golo-ngan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan Internet,” tegasnya.

Setakat ini negara-negara seperti China, Vietnam, Syria, Iran, Pakistan, Korea Utara dan Uzbekistan mengharamkan Facebook, Twitter dan blog.

0 comments:

Post a Comment