LoyaKita™ Headline Animator

Manifesto BN Rakyat Didahulukan

Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu; Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana jua di dalam Persekutuan dan untuk menegak dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara; Berusaha untuk mewujudkan suatu masyarakat adil dan saksama

1 Malaysia Sokong BN

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.

Rumah Mampu Milik

Perumahan selesa adalah keperluan asas.

World Leaders Congratulate Najib

US acknowledges the general election is peaceful and just!

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Membawa harapan, menepati janji

Monday, 22 July 2013

PBB Terus Berkhidmat TANPA MENGIRA WAKTU

Ketua Pemuda PBB telah memberi jaminan bahawa khidmat untuk rakyat bukan sekadar sewaktu pilihanraya tetapi adalah untuk setiap masa tanpa mengenal waktu. 

Inilah ucapan terindah daripada seorang menteri dan juga Ketua Pemuda PBB.  Beruntunglah Sarawak kerana memiliki idola pemimpin yang sentiasa menjiwai watak sebagai wakil rakyat!

PBB komited berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa

Posted on July 22, 2013, Monday

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan meneruskan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat bukan hanya semasa pilihan raya sebaliknya sepanjang masa.

Ketua Pemudanya Datuk Fadillah Yusof berkata, semangat untuk berkhidmat sudah lama menjadi amalan parti dan ia akan terus dilaksanakan untuk memenangi hati rakyat.

“Komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat merupakan landasan perjuangan parti.

“Ini sekali gus membolehkan PBB mendapat keputusan baik setiap kali pilihan raya,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Pergerakan Pemuda PBB Senadin di sini malam kelmarin.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya menambah, semangat untuk membantu rakyat akan terus menjadi agenda utama parti pada masa sekarang dan akan datang.

Katanya amat penting untuk mendekati dan memahami rakyat di peringkat akar umbi.

“Buktinya, kita mendapat keputusan pilihan raya yang baik semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Jika kita terus berkhidmat sepanjang masa, maka saya yakin rakyat akan terus menyokong,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda dan Wanita dan keseluruhan jentera parti yang bekerja keras dalam mengekalkan kerusi bagi Parlimen Sibuti dalam PRU13 lalu.

Katanya Sibuti dan Lambir merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di sini.

Jelasnya, jentera parti peringkat cawangan dan ranting perlu bertindak lebih agresif dalam merangka strategi mengukuhkan perjuangan parti.

Mengenai pelantikan sebagai Menteri Kerja Raya, Fadillah berkata ia mencabar kerana rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap beliau dan kementerian.

“Namun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk melakukan yang terbaik untuk membawa lebih banyak rancangan transformasi di Sarawak,” katanya yang berharap dapat turun padang di banyak kawasan.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir merangkap Pengerusi PBB Lambir Ripin Lamat dalam ucapannya menyeru ahli exco PBB Senadin yang baharu dilantik agar meneruskan perjuangan parti untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kepada yang tidak dilantik, kita mengucapkan terima kasih dan sumbangan kalian amat dihargai dan akan diingati,” katanya.

Pada majlis yang sama, Fadillah turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim daripada Kompleks Kebajikan Hamidah.

Sunday, 21 July 2013

PRK Kuala Besut: [Video] Kezaliman PAS di Kuala Besut?

Siapakah yang mendedahkan kezaliman PAS di Kuala Besut ini?  Ikutilah video di bawah ini…

image

Kezaliman PAS di Kuala Besut

Saturday, 13 July 2013

PRK Kuala Besut: SPR CIPTA SEJARAH

Perjalanan PRK Kuala Besut akan dirakam untuk dijadikan model.  Mungkin hasil rakaman ini akan ditonton umum untuk dijadikan model.

Rakaman ini akan menunjukkan ketelusan SPR dan menyangkal sebarang manipulasi untuk memancing undi.

Perjalanan PRK Kuala Besut dirakam

Utusan Borneo July 13, 2013, Saturday

KUALA BESUT: Buat pertama kalinya, pengurusan perjalanan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan dirakam untuk dijadikan model rujukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa depan.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pengendalian pengurusan PRK Kuala Besut setakat ini, bermula dari proses penamaan calon dilihat sebagai yang terbaik, berbanding PRK dan pilihan raya umum sebelum ini.

“Kita sedaya upaya nak buat PRK ini model SPR sebab itu apa yang berlaku hari ini (semalam – penamaan calon) sehinggalah ke tempoh berkempen, penjumlahan undi dan pengisytiharaan keputusan nanti semua akan dirakam,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Kampung Raja di sini semalam.

Wan Ahmad berkata SPR akan menggunakan rakaman perjalanan semua proses sepanjang PRK Kuala Besut sebagai landasan serta latihan kepada pegawai pada masa akan datang.

“Mungkin kita akan edarkan kepada media supaya dapat tontonkan kepada rakyat mengenai perjalanan sebenar pilihan raya di negara ini agar mereka tahu dan tidak tertipu dengan mana-mana pihak yang cuba memancing undi,” katanya.

Mengulas perjalanan proses penamaan calon semalam, Wan Ahmad berkata secara keseluruhannya ia berjalan dengan baik dan lancar sambil tidak menolak kemungkinan ia disebabkan bulan Ramadan.

“Kita tengok penyokong kedua-dua parti yang hadir berkelakuan baik…kalau tidak (bulan puasa) kita boleh dengar bahasa atau cacian yang sangat kasar,” katanya.

PRK Kuala Besut 24 Julai ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Mengenai larangan pemasangan replika pada kempen pilihan raya, Wan Ahmad berkata pada PRK Kuala Besut itu, polis memberi jaminan keselamatan kepada pegawai penguat kuasa kempen SPR dan akan merobohkan replika yang didirikan parti politik bertanding.

Beliau berkata pemasangan replika sebagai bahan kempen, menyalahi Seksyen 4 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana ia bukan sahaja bertujuan menarik minat dan menghantar mesej kepada pengundi, malah menyindir pihak lawan. — Bernama

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/07/13/perjalanan-prk-kuala-besut-dirakam/#ixzz2YuaRbSDS

Wednesday, 10 July 2013

Ekonomi HITAM DAP TERJEJAS?

Loyakita hari ini tertarik dengan thesis Gelagat Anwar mengenai patriotisme syarikat berkaitan dengan negara China.  Bagaimana mereka melabur di dalam Malaysia dan berjaya membutakan Securities Commission (SC).  Syarikat konglomerat China ini berjaya meletakkan pengarah dari golongan penyokong atau Pro DAP yang memiliki sumber kewangan yang besar hingga berjaya membentuk empayar hitam di semua kawasan yang dimenangi oleh DAP di seluruh Malaysia?  Betulkah ni?  Miri macam mana pula?

Tutup Premis Urut – DAP Terjejas?

oleh Gelagat Anwar

massageDi dalam PKR, terutamanya di Selangor, semua orang tahu sumber kewangan DAp terbesar adalah daripada ekonomi hitam. Black economy. Segala macamlah. Bukan setakat rumah urut. Pelacuran, penyeludupan, pil kuda, ecstasy – kesemuanya memang banyak menyumbang kepada pembangunan parti.

Duit sama, ibarat kata macam ‘consolidated fund’ ini jugalah yang banyak finance gerakan Pas di seluruh Malaysia. PRK Kuala Besut tak terkecuali. Ada lah juga sedikit-sedikit sumber yang syubhah.

Nak menang PRK punya pasal. Tak usah fikir pasal sumber. Dapat duit. Pakai. Dapat duit. Pakai. Islam itu mudah. Bak kata pemimpin Pas.

Tapi ramai juga yang tak tahu, di sebalik sumber haram seperti itu, DAP juga menikmati sumber halalan toyyiban disebabkan sikap kerajaan yang sangat mesra dengan usahaniaga luar. Sangat mesra.

Pada tahun 2006, ura-ura membenarkan saham luar (khususnya dari China) sudah mula dibentangkan oleh SC kepada Perdana Menteri/Kementerian Kewangan.

Semuanya nampak legal. Molek dan cantik. Apa salahnya syarikat luar nak melabur di pasaran saham Malaysia. Baguslah. Ada international recognition.

Study punya study punya study (dan bisikan keramat pihak-pihak tertentu), pada 2009 barulah ada syarikat tanah besar Cina yang masuk ke pasaran saham kita. Steady. Head SC pada ketika itu sangat seronok. Ah, mission accomplished. Pasaran saham kita nampak hebat.

XingQuan International Sports Holding Ltd – adalah syarikat pertama yang masuk ke Malaysia. Lepas tu banyak lagilah.

Yang pemimpin besar SC tak tahu, syarikat-syarikat ini jugalah yang banyak meletakkan geng-geng DAP sebagai directors. Geng-geng DAP (yang memiliki dana tunai yang banyak) jadi investors kepada syarikat dari Cina. Patriotisme? Pergi jahanam. Cina mesti jaga Cina ma. Basic.

SC ingat syarikat ini handal. Syarikat dibangun di Bermuda.

Setakat ini sudah 9 syarikat tanah besar yang ada di Malaysia. Semuanya LISTED COMPANIES. Duit haram, di circulate di dalam 9 syarikat ini. Ko nak cari bukti? Ko ingat syarikat ni bodoh macam budak Melayu yang buat video couple seminggu tu? Tak beb. Dia orang cekap.

Cina beb. Depa jaga sama sendiri. Kita, Melayu maju – kita kutuk beb.

Gua bagi la beberapa nama syarikat yang banyak membantu DAP ni beb. Cara legal. Ikut audit international standard punya.

- HB Global
- China Stationery Limited
- China Automobile Parts Holding (barang2 tipu yang pomen kita pakai tu..)
- Maxwell International Holdings

Ada beberapa lagi lah. Yang cantiknya, syarikat-syarikat ini lah yang banyak sponsor program DAP (kadang-kadang Pas). Betul, ada tu dah masuk PN17 list (kaput), tapi sebab injection cash tak masuk.

Selamat berpuasa lah beb ya. Minta maaf lah salah silap. Menulis tetap menulis juga beb. Kerana Allah; Untuk Islam; Demi Melayu beb.