LoyaKita™ Headline Animator

Manifesto BN Rakyat Didahulukan

Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu-padu; Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana jua di dalam Persekutuan dan untuk menegak dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara; Berusaha untuk mewujudkan suatu masyarakat adil dan saksama

1 Malaysia Sokong BN

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik.

Rumah Mampu Milik

Perumahan selesa adalah keperluan asas.

World Leaders Congratulate Najib

US acknowledges the general election is peaceful and just!

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Membawa harapan, menepati janji

Monday 13 May 2013

jangan sokong budaya negatif pembangkang!

ADUN N65 Senadin mengingatkan rakyat agar tidak terikut budaya negatif pembangkang.  Mereka suka membuat demonstrasi jalanan yang akan mengakibatkan ekonomi kita menjadi tidak baik.  Bayangkanlah sikap buruk ini dipamerkan di hadapan pelabur asing?  Tentu mereka akan golong tikar dan melabur di kawasan lain.  Pelabur memerlukan keadaan ekonomi dan politik yang stabil untuk melabur dan bukan di negara yang sentiasa mengadakan demonstrasi.

Kesan ini akan memburukkan imej negara di mata dunia.  Tentu sekali pelancong akan berfikir dua kali sebelum melawat Malaysia pada tahun 2014 kelak?

Semoga rakyat Malaysia sedar bahawa tiada kebaikannya yang timbul sekiranya menyokong pembangkang… apa yang pembangkang dapat lakukan setakat ini?

Lagi lagi demonstrasi! Lagi lagi tidak puas hati! Lainkalilah….

Masyarakat harus menolak budaya negatif pembangkang

Posted on May 13, 2013, Monday

MIRI: Masyarakat harus menolak budaya negatif yang dibawa oleh pembangkang melalui perhimpunan bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin memberitahu, perhimpuan bantahan itu amat bercanggah dengan toleransi politik yang telah diamalkan di negara ini.

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 baru-baru ini, mereka sepatutnya melaporkan hal (tidak berpuas hati) itu ke saluran yang betul, daripada melakukan perhimpunan bantahan yang hanya akan menyumbang kepada keadaan huru-hara dalam masyarakat.

“Bahkan perhimpunan bantahan yang dilakukan di tempat-tempat atau negara lain bagi menyelesaikan masalah itu sama sekali tidak akan mendatangkan hasil,” katanya pada Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa Belia Miri, di sini malam kelmarin.

Justeru beliau mengkritik pembangkang yang melakukan perhimpunan bantahan itu yang langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.

“Terdapat agenda tersembunyi di sebalik perhimpunan bantahan itu. Rakyat tidak seharusnya terpengaruh dan tahu agenda di sebalik perhimpunan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai pelbagai tuduhan terhadap proses pilihan raya yang terus disebarkan di laman-laman sosial.

Media sosial dan rangkaian seperti blog, Facebook atau Twitter yang sepatutnya digunakan untuk tujuan baik telah disalah guna oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Maklumat yang dipaparkan di laman sesawang daripada sumber yang tidak diketahui tidak semestinya 100 peratus benar.

“Apa pun, agak sukar untuk memahami mengapa sesetengah pihak mempercayai pelbagai tuduhan tanpa memeriksa dahulu fakta yang betul. Ini amat membimbangkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai organisasi belia Miri, beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan jawatankuasa baharu berkenaan.

Justeru, Lee mahu organisasi terbabit memainkan peranan mereka secara proaktif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti sihat bagi merangsang pembangunan belia yang lebih baik di sini.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/05/13/masyarakat-harus-menolak-budaya-negatif-pembangkang/#ixzz2TBMIEiMc

Monday 6 May 2013

#Lainkalilah Miri Mungkin Tidak Dapat Sesen Untuk PPR!

Selepas ini tidak ada lagi lah rumah murah di Miri ini .. Lainkalilah Jawapannyaaa !!!!
RM512 juta bina 2,800 rumah PPR di Sarawak

Abang Johari Tun Openg (dua dari kiri) dan Peter Chin Fah Kui (kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika menyempurnakan majlis pecah tanah PPR Lambir di Miri, semalam.
MIRI 4 Mei - Kerajaan negeri menerima peruntukan sebanyak RM512 juta daripada kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2013 bagi membina 2,800 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri ini.
Menteri Perumahan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah tersebut adalah yang terbesar berbanding negeri-negeri lain dan mewakili 14 peratus daripada jumlah keseluruhan unit rumah PPR yang akan dibina di seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Setakat ini sebanyak 12 PPR sudah diluluskan oleh kerajaan Pusat dalam Bajet 2013, antaranya adalah PPR Lambir yang mempunyai 500 unit rumah, PPR Permajaya Curtin (314), PPR Saratok (68), PPR Sri Aman (123) dan PPR Kidurong (215).
"Turut diluluskan adalah PPR Tabuan Melayu yang mempunyai 432 unit, PPR Sungai Tengah II (439), PPR Matang Batu 9 (93), PPR Mukah II (66), PPR Kanowit (91), PPR Samarahan (303) dan PPR Petra Jaya (422)," katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Projek PPR Lambir di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Menteri Muda Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Lee Kim Shin dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak, Wan Mohd. Yusof Wan Moss.
Abang Johari dalam pada itu berkata, kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 50,000 rumah mampu milik dalam jangka masa lima tahun akan datang.
Di Miri katanya, kerajaan negeri melalui HDC telah membina sebanyak 500 unit rumah mampu milik berharga kurang RM60,000 di Sungai Rait, Lambir bagi membantu golongan berpendapatan rendah mempunyai rumah sendiri.
"Projek ini sudah dimulakan beberapa bulan lalu dan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, taska, medan selera, taman hijau dan pasar tamu untuk kegunaan penduduk.
"Semua ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan lebih ramai rakyat di Sarawak memiliki rumah sendiri," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sabah_&_Sarawak/20130505/wb_01/RM512-juta-bina-2800-rumah-PPR-di-Sarawak#ixzz2SWaO21mH © Utusan Melayu (M) Bhd